Kisah Saidina Umar dan anaknya Hafsah Radhiallahu anhuma.
Bilamana Saidatuna Hafsah kematian suaminya, maka Saidina Umar hendak mengahwinkan puterinya itu dengan Saidina Uthman Bin Affan. Umar berjalan menuju ke rumah saidina Uthman lalu menyatakan kehendaknya mengahwinkan puterinya itu kepada Uthman. Namun, Saidina Uthman menolak dengan mengatakan, Aku tidak berhajat kepadanya.
Kemudian Saidina Umar pergi kepada Abu Bakr dan diajukan soalan yg sama kepada Abu Bakar. Saidina Abu Bakar senyap dan tifak menjawab apa2. Bahkan tidak memberi isyarat "body language". Kemudian keduanya berjalan pergi ke rumah Rasulullah SAW.
Lalu Umar berkata kepada Rasulullah, "Sesungguhnya engkau mengetahui bahawa anakku Hafsah seorang yang menjaga Quran. Lalu aku ingin kahwinkan beliau dengan Uthman tetapi Uthman menolak. Dan aku ingin kahwinkan beliau dengan Abu Bakar tetapi Abu Bakar tidak respon apa2."
Lalu Rasulullah SAW menjawab," Hafsah akan dikahwinkan dengan lelaki yang lebih baik daripada Abu Bakar dan Uthman. Dan Uthman akan berkahwin dengan perempuan yang lebih baik daripada Hafsah."
Benar kalam mu Duhai Penyelamat Ummah, sesungguhnya yang lebih baik daripada Abu Bakar dan Uthman itu adalah kamu maka kamu yang akhirnya menjadi suami Hafsah. Dan yang lebih baik daripada Hafsah adalah serikandi mu Ummu Kalsum dan dia menjadi isteri Uthman.
Masya-Allah. Hebatnya kalam Rasulullah Sollallahu alaihi wa sallam. Semuanya adalah wahyu daripada Allah.
Di hari Jumaat yang berkat ini, perbanyakkan selawat kepada Baginda Sollallahu alaihi wa sallam.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وزوجاته.

untuk kongsi bersama..:)